Friday, July 29, 2011

Ramadhan dan diri hamba

Alhamdulillah setinggi kesyukuran di panjatkan kepada Al-Khaliq sang pecipta dan cinta teragung, keran dengan-Nya kita masih diberi kesempetan hidup udara yang segar di bumi-Nya yg indah ini...Minggu ini segenap minggu kedua dalam melalui sesi kuliah bagi kita bergelah mahasiswa UNISEL yg tercinta.Walaupun masa kian di uji dan masig-masing sibuk dengan hal masing-masing..Tetapi bersyukur Allah masih memang hati ini untuk tidak lupa pada, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan-Nya yg penuh barakah akan tiba..

Hati kian sayu dalam muhasaabh diri yang panjang dan kelam dalam munajat malam, mencari sinar dan secebis bingkisan kasih dan cinta dari sang Khaliq kepada hambanya.Begitu besar harapanya si hamba agar dapat bertemu Ramadhan yang bakal menjelma begitulah sepertimana doa Nabi junjungan mulia S.A.W " Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"..Begitulah rintihan baginda yang kita cintai..inikan pula kita lebihlah lagi merintih agar dipertemukan di bulan Ramadhan biarlah pertemuan di bulan Ramadhan ini membawa seribu perubahan dan muhasabah diri yang terbaik sepanjang pejalan kehidupan kita di tahun ini, Kerana ingatlah Rasulullah S.A.W bersabda : " Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga" ( Riwayat Ibnu Majah) Renungkan adakah kita inginkan bulan Ramadhan yg bakal kita laluinya sekadar haus dan dahaga atau mendapat redha..tanyalah iman kita...

Selia itu, wahai sahabat sekalian marilah kita bersama bermuhasabah diri dan memperbetulkan niat ke atas bulan Ramadhan yg bakal menjelma bukan sahaja kita berpuasa kerana kewajipan sebagai umat Islam tapi semata-mata mengharap Redha dan maghfirahnya sesuailah dengan kalam-Nya dalam surah al-baqarah ayat 2 maksudnya " Wahai orang-oarang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"..

ingatlah wahai sahabat ku, dalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini juga marilah kita sama-sama menpertingkatkan diri dan amalan kita, jelaslah perkara ini dalam Sabda Baginda S.A.W bermaksud " Sesipa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasa, akan diampunkan dosanya yang tela lalu " ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) Marilah kita pacu tenaga muda kita dalam menghidupkan Ramadhan...

Tidak lupa dalam kita menjamu selera dan meratah rezeki Ramadhan daripada-Nya iaitu Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )

Akhir Kalam..Jadikan Ramadhan kali ini tebih bermakna dan terbaik daripada Ramadhan yang sebelumnya..moga Amalan kita diterima dan diredhai-Nya...

Ramadhan Kareem
Ke arah PROFESIONAL DAN BERTAQWA 

Thursday, July 7, 2011

MEMBINA RASA BERSYUKUR

5 Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur Untuk Wanita
Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.

Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.

Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.

Ucap syukur kerana Anda dapat tidur malam tadi. Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.

Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.

Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyayangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.

Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.

Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!

Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.

Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.

Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalahan orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.

Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.

Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

KE ARAH PROFESIONAL DAN BERTAQWA

CALON PILIHAN ABAH

Part 1
Aku duduk termenung sendirian di tepi tasik..burung² swan berenang-renang di tasik.. Entah kenapa aku tergerak hati hendak ke situ hari ini.. Rasa-rasanya sepanjang hampir 5 tahun aku di sini, di bumi Ireland ini..itu baru kali kedua aku pergi berjalan ke situ.. Kali pertama masa aku tahun satu dulu..Itu pun kakak senior yang bawakkan..saja nak tunjuk² keindahan Bandar kecil itu.. Selepas tu..aku agak sibuk dengan pelajaran..Tak sempat lagi nak berjalan-jalan mengambil angin di situ..Aku bertekad nak menjadi doktor…sejak kecil lagi..itulah harapan abahku… Akan aku usahakan.. meskipun aku rasa aku ini tidak lah sebijak mana jika nak dibandingkan dengan sahabat² aku yang lain..
Aku duduk di atas bangku..merenung jauh ke arah rumpunan di tengah² tasik itu..Tapi fikiran ku sedikit pun tidak memikirkan tentang swan² tadi atau pun rumpunan itu.. Hati aku keresahan..Kepalaku kerunsingan..Peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi..Kini sudah bulan Mac… sebulan lagi aku perlu bertarung di medan peperiksaan.. Dan kemudian..aku akan pulang
bercuti ke Malaysia..menemui keluargaku…dan menemui semula segala masalah yang menghantui fikiranku selama ini.. Aku mengenakan zip di baju sejukku..Tidak tahan rasanya kesejukan angin Irish ini.. Sudah masuk
bulan Mac..Sepatutnya semakin kurang sejuk kerana musim bunga sudah mula mahu menjenguk…Hairan pula aku…Tahun ini…lain pulak jadinya…Sejuk sungguh sejak dua tiga minggu ini.. Aku menarik nafas panjang dan menghembus dengan pantas…Terhibur pula aku melihat asap wap panas yang keluar dari mulutku.. Aku tergelak sendiri bila mengenanghampir 5 tahun lalu…Aku baru sampai ke sini..Bukan main jakun lagi aku melihat asap itu…eheheh…Comel aku masa tu..baru berumur 19 tahun…sekarang usia aku dah merangkak masuk angka 24.. Hari yang dijanji-janjikan itu sudah hampir tiba..Aku buntu…Tidak tahu apa harus aku fikirkan..Apa harus aku lakukan…Aku melihat jam tangan..sudah hampir pukul 6.30 petang. Sekejap lagi masuk waktu maghrib..Aku segera bangun dan berjalan dengan agak pantas pulang ke rumah..
Tiba sahaja di rumah, aku terus masuk ke bilikku dan segera bersolat.. Setelah selesai berdoa, aku menuju ke meja study ku.
“kak Ana!! Jom makan!! Izzah dah siap masak!!”, teriak adik serumahku, Nurul Izzah. Hari ini giliran
Izzah memasak..Giliran aku hari Jumaat. Kami berlima tinggal di rumah sewa itu, aku, Izzah, Zizi, Semah dan Intan. Izzah dan Zizi dalam tahun 4 pengajian, manakala Semah dan Intan adalah pelajar tahun 2. Aku lah yang paling tua di rumah itu..Aku dalam tahun akhir..Kami semua bakal doctor ! Insya-Allah….
Aku segera turun ke bawah dan menuju ke dapur. Adik-adikku semuanya telahpun sibuk menyedok lauk..Masing-masing lapar agaknya…Letih seharian di hospital dan kuliah.
“Kak Ana diam aje harini..kenapa? Tak sihat ke?? Aii..teringatkan sapa pulak tu kak..” soal Intan dengan nada menyindirku. Aku Cuma tersengih melihatnya.. “Ada laaa”, jawabku dengan nada penuh berahsia..
“Alah akak ni…suka sangat berahsia…kita kan serumah…kalau apa-apa
masalah,bagitau la kami..”.. Sampuk Semah.
Sekali lagi aku tersengeh. Seronok pulak aku tengok gelagat adik-adik ni..Muncung aje muka.. Aku sempat mengerling Izzah. Cuma dia saja yang tahu
masalah yang melandaku sejak tahun lepas.
Selesai saja makan, aku terus naik semula ke bilik untuk meneruskan proses mengulang kaji pelajaranku. Maklum lah..aku di tahun akhir, tak ada masa untuk tengok tv atau bersenang-lenang berborak-borak di bawah. Sayup-sayup aku terdengar suara Zizi, Semah dan Intan bergelak ketawa menonton siri ‘Friends’ di bawah. Tiba-tiba, pintu aku diketuk dan Izzah masuk sambil tersenyum.
“Study ke kak..Petang tadi akak pegi mana? Dekat maghrib baru balik..Ada orang call akak tau tadi”,
kata Izzah sambil menyengetkan mulutnya. Aku tahu siapa yang dimaksudkan.
“Dia lagi ke Izzah? Izzah…akak pening lah fikir masalah ni..Izzah pun tau kan..akak sukakan Hisham tu sejak akak mula-mula datang sini lagi..tapi nak buat macam mana..Dah takdir akak begini agaknya”, balasku. Izzah merenungku. Di wajahnya ada rasa simpati terhadapku.
“Emm..Okla kak..Izzah tak nak kacau akak study..Jangan fikir sangat pasal tu tau…Ingat, akak ada exam final tak lama lagi…” Izzah
keluar meninggalkan aku yang kononnya study..
Ingatanku melayang ke peristiwa tahun lepas, sewaktu aku pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas.
“Ana..Abah nak cakap sesuatu dengan Ana ni..” kata abah suatu malam setelah hampir sebulan aku duduk di rumah.
“Gini Ana..2 bulan lepas, ada orang masuk meminang Ana. Jadi..abah dah terima pinangan tu untuk Ana. Abah percaya dia tu lelaki yang baik untuk jadi suami ana.” Abah berhenti untuk melihat riak wajahku ketika itu. Mata aku bulat memandang abah tak berkelip. Aku kelu. Betulkah apa yang abah
cakap kan ini?
Abah terus menyambung “ Dia bukan orang lain ana..saudara kita jugak.. Ana ingat lagi tak Abang Deris dan Kak Ilya? Anak depa yang sulung lah yang depa pinang untuk Ana. Abah harap ana tak da halangan. Ana kan anak manja abah..” Abah tersenyum memandangku.
Tiba-tiba emak muncul di ruang tamu itu dan duduk di sebelah aku yang masih terkejut dengan berita yang baru sahaja abah sampaikan..Emak memegang tanganku erat.
“Anak mak ni dah
besar..Cantik dan manis pulak tu..Lagi manis kalau Ana sarungkan cincin ni ke jari Ana tu..”
Aku memandang kotak baldu merah yang emak hulurkan. Apakah semuanya ini!!!!!jeritku di dalam hati..Sampai hati mak dan abah buat begini kepada aku. Kenapa mesti buat keputusan tentang masa depanku, tentang hidupku tanpa meminta persetujuan ku???kenapa?? Tangan dan bibirku terketar- ketar menahan sebak dan geram sekaligus. Tiba-tiba aku teringatkan Hisham, jejaka yang menjadi pujaan hatiku sejak aku mula-mula belajar di Ireland. Mataku mula berkaca-kaca dan setitik air mata jatuh di pipi ku.
“Sampai hati mak dan abah..” kataku perlahan-lahan tanpa memandang wajah emak atau abah. Aku
terus berlari masuk ke bilikku..Aku menangis semahu-mahunya…Dari dalam bilik aku terdengar suara emak dan abah.
“Itulah abang..Yah dah cakap..Ana mesti tak suka abang terima lamaran tu..Patutnya abang tanya lah dia dulu..”
“Yah..Abang dah dah fikir lama pasal lamaran tu..Abang tahu apa yang terbaik untuk Ana..Insya-Allah si Azmi tu boleh jaga Ana baik-baik..”
Aku menekup telingaku dengan bantal..Tak sanggup lagi aku dengar kata-kata abah itu. Sungguh tak munasabah keputusan abah! Sampai hati abah.. Aku benci Abah!!!
###################################################################
"Abang..Ana minta maaf kalau sebelum-sebelum ni ana ada buat silap banyak pada abang.."
"Itulah..ana kena tebus balik ni..Dah remuk hati abang masa ana minta putus tunang dulu"
Aku tertawa mendengarnya. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu Azmi. Rambutku dibelai lembut.
Aku terasa disayangi..
**********************************************************************************
******************
Luqman Hakim bin Mohd Azmi telah selamat kulahirkan 2 hari lepas, genap setahun selepas perkahwinanku dengan calon pilihan abah itu. Alhamdulillah! Suamiku orang paling gembira menyambut kedatangan ahli baru itu.
Tapi hari ini, aku benar-benar rindukan abah. Kalau abah masih ada, pasti dia akan gembira sekali melihat anak kesayangannya ini sudah punya anak sendiri! Aku melihat Luqman yang sedang nyenyak tidur. Azmi telah keluar bersolat maghrib di masjid tadi. Kak Salmi masih di dapur. Kak Salmi
itu pembantu rumahku. Selalunya, dia Cuma datang pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang.Tapi aku baru sahaja lepas bersalin , jadi dia bermalam beberapa hari di rumahku. Aku mencium
Luqman yang masih merah itu. Aku benar-benar rindukan abah. Wajah Luqman ini seakan-akan menyerupai abah. Aku teringatkan album gambar yang dipenuhi gambar-gambar aku bersama abah sejak kecil hinggalah besar. Entah di mana aku meletakkannya setelah aku bergaduh dengan abah
dulu. Entah kenapa aku begitu bodoh melawan cakap abah dahulu sehingga tak sempat aku memohon maaf sebelum dia pulang pangkuan Ilahi. Air mata aku mengalir. Aku terlalu rindukan abah.
"Ana!kenapa ni.." soal emak yang baru masuk ke bilik dengan telekungnya itu.
"mak, mak ada nampak tak album warna biru yang ada gambar-gambar lama ana dengan abah
dulu?"
"Mak tak ingat lah ana..Nanti mak cari dalam almari lama dalam bilik mak tu. Mak rasa ada arwah
abah belek-belek album tu sebelum dia meninggal."
"tak pa lah mak, ana cari sendiri ye mak.." Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik emak membuka almari usang itu. Penat juga aku meraba-raba mencari. Akhirnya aku ternampak album itu, lantas mencapainya dan kembali ke bilik.
Aku berbaring di sebelah Luqman sambil membelek helai demi helai. Air mataku tidak putus-putus
mengalir melihat abah mendukungku ketika kecil, membawa aku naik motor petang-petang. Aku
tergelak kecil melihat gambarku dengan uniform skirt ketika darjah satu, menerima hadiah nombor
satu dalam darjah dari abah sendiri kerana ketika itu abah PIBG sekolahku. Abah bergambar segak di
sisiku memegang piala anugerah kanak-kanak terbaik peringkat negeri Kedah. Abah memeluk aku
yang kesedihan ketika menghantar aku ke sekolah asrama. Wajah bangga abah ketika aku
dinobatkan johan pertandingan pidato peringkat negeri. Wajah sedih abah menghantar aku di
airport ketika tahun pertama. Abah ada di sisiku dalam setiap detik sejarahku. Di masa sedih dan
gembiraku. Abah!Maafkan kesalahan ana..Ana sayangkan abah..

Di muka akhir helaian itu aku ternampak satu sampul surat cokelat yang masih kemas terselit di
poket belakang album itu. Sampul apa pula ini? Lantas aku mengeluarkannya.
‘Buat anak manja abah, Ana’
Apa terpaku sebentar. Rasanya belum pernah kubaca surat ini. Perlahan-lahan aku membukanya.
Aku lihat tulisan jawi abah bertarikh 17 Mac 2004. 2 hari sebelum abah pergi. Air mata aku mengalir
deras. Aku bangun mengalas bantal dan menyandar di kepala katil lalu membaca surat abah.
" anak manja abah,
Semasa ana baca surat abah ni, abah sendiri tak tahu abah masih
ada lagi di dunia ini. Abah berasa sedikit kurang sihat akhir-akhir
ini. Abah tinggalkan surat ini untuk menyatakan sesuatu pada ana
supaya ana tak salah faham pada abah. Abah tinggalkan surat ini
dalam album ini sebab abah tahu, kalau ana buka album ini,
maknanya ana sedang teringat pada abah. Abah pun sedang
teringatkan ana sekarang.
Sejak kecil, abah menatang ana dan abah sayang sungguh-sungguh
pada ana. Ana anak manja abah kan!Abang Long ana dan Kak Ngah
ana tu abah tengok terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. Abah
risau sungguh andai kata abah pergi dalam saat-saat terdekat ini,
tiada siapa yang akan menjaga Ana dan mak.
Abah tahu anak abah boleh berdikari, tapi abah tak mampu melihat anak abah susah. Abah pilihkan Azmi untuk ana kerana abah kenal Azmi sejak dia kecil, sehinggalah dia besar. Abah percayakan Azmi. Padanya abah amanahkan untuk menjaga ana, sebagai mengganti abah nanti.

Ana, bukan niat abah mahu melihat ana bersedih. Abah Cuma mahu
yang terbaik untuk anak abah seorang ini. Abah minta maaf kalau
abah membuat ana sedih. Abah sayangkan ana. Abah sudah maafkan
segala salah silap ana, dan menghalalkan segala nya untuk ana.
Ana, jaga diri baik-baik. Jadilah anak yang solehah. Tengok-
tengokkan mak ana nanti. Jadilah isteri yang solehah. Sesungguhnya
isteri yang solehah itu perhiasan dunia yang terbaik. Jadilah ibu
yang solehah. Jaga anak-anak ana nanti baik-baik supaya menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah, boleh mendoakan ana nanti.
Abah sentiasa doakan kesejahteraan ana dunia akhirat"
Salam dari abah.

Abah. Aku menangis semahu-mahunya. Perlahan-lahan aku lipat surat itu. Abah..Ana sayangkan abah..Abah, ampunkan ana abah. Ana rindukan abah..
"Sayang, kenapa ni?" Azmi yang baru pulang dari masjid cemas melihat aku begitu. Dia memegang bahu dan tanganku. Disapunya air mata yang tak henti-henti mengalir. Aku memeluk Azmi dan menghulurkan surat itu pada Azmi. Dia lantas membaca surat itu. Aku lihat mata Azmi berkaca-kaca.
Dia melipat semula surat itu dan memasukkannya ke dalam sampul.
"Ana jumpa dalam album ni ke.." soal Azmi. Aku mengangguk-angguk perlahan. Azmi menyelitkan sampul itu di dalam album lalu melatakkannya di meja kecil sebelah katil.
"Sabarlah sayang,..jangan menangis..Abang ada ni kan..Insya-Allah abang akan jaga mak, ana dan anak-anak kita dengan sebaik yang mungkin selagi abang termampu.." Aku masih teresak-esak.Dipeluknya aku erat dan disapu-sapu air mataku.
"Sudah lah tu..Kalau abah ada, mesti dia tak suka ana menangis macam ni..Ana kan anak manja abah.." Kata Azmi memujukku. Aku tersenyum sedikit.
"Tu!malu kat Luqman. Ummi dia menangis lagi dasyat dari dia" kata Azmi sambil tersenyum melihat Luqman yang masih nyenyak di sebelahku. Aku tergelak mendengar usikan Azmi itu.
"Abang..abang tau tak..Abang calon pilihan abah paling tepat" kataku sambil memandang wajah suamiku itu. Dia merenung wajahku dalam-dalam.
"dan ana calon pilihan Pakcik Nuar yang paling tepat untuk abang..Calon paling kuat merajuk, paling kuat menangis, paling degil, paling mengada-ngada!semua cukup" kata Azmi sambil memicit hidungku.
"Abang ni!!!" Aku bahagia sekali kini..Alhamdulillah!Terima kasih abah..Ana sayang abah! Ana janji akan jadi isteri dan ummi yang baik. Ana akan jadikan abah contoh untuk anak-anak Ana.
Hisham sudah lama pergi dari hidupku. Episod cintaku dengan Hisham sudah berlalu. Aku tahu betapa dia masih sayangkan aku. Dia pergi dari Ireland dan menetap di Amerika semata-mata untuk lupakan aku. Tapi dia tak mampu mempertahankan dirinya di hadapan keluarga sendiri, apatah lagi
mempertahankan diriku. Kata Izzah,Hisham sudah pun ditunangkan dengan anak sahabat keluarganya. Aku mendoakan kebahagiaan buat Hisham, sahabatku yang telah banyak membantu dan mengajarku. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah..Jodohku dengan Azmi, suamiku yang tercinta ini..adalah yang terbaik buatku, yang membahagiakan aku dengan kasih dan cinta yang mencurah-curah buatku. Pertemuanku dengan Hisham pula adalah satu persinggahan sebentar sebagai mengajarku erti kehidupan.
Kini aku bahagia bersama Azmi dan Luqman. Keluarga kecil yang kami bina sudah cukup menceriakan hidupku. Abah..Terima kasih abah! Terima kasih atas segala-galanya. Kerana menjaga dan mendidikku dari kecil hingga dewasa. Kerana menyatukan aku dengan suamiku. Kerana mengampunkan kesalahan anakmu yang berdosa ini.Ya Allah!Aku bersyukur padaMu..Setiap ujian yang mendatang..pasti ada hikmah dan rahmat yang melimpah menanti! Alhamdulillah!
-The End!-

KE ARAH PROFESIONAL DAN BERTAQWA