Tuesday, August 23, 2011

PERJUANGAN YANG INDAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Wasyukurlillah pada-Nya....dengan izin dan limpah hidayah-Nya yang sentiasa menyelubungi hati-hati hamba-Nya yang sentiasa berhajat pada Islam yang tercinta.. Terpanggil diri ku dalam perjuangan yang indah ini di bumi campus ini dan pada perjuagan yang memerlukan hati serta jiwa yang murni serta tulus dalam nafas Dai'e-Nya... Oh..... bukan mudah untuk berjuang dalam suasana yang baru dalam campus ini.

Wahai sahabat bersyukur sangat-sangat pada-Nya kita semua dipertemukan dalam alunan irama dan langkahan yang sama untuk bersama berkongsi mehnah dalam perjuangan ini dan terus mantap munuju gerakan profesional serta bertaqwa... Hati mana? jiwa mana ? langkahan mana?  tidak diuji dalam perjuangan ini...Sahabat mari bersama dalam ukhwah yang indah ini tetap tegar dan mantap dalam cinta murabbi dan rabbani  dalam Redha-Nya bersama Rahmat-Nya, yakinlah pertolongan Allah itu sangat dekat.....Diri ini, masanya semakin  singkat dalam perjuangan ini, gerak kerja kita masih banyak yang belem selesai dalam perjuangan ini...harapan ku pada mu sahabat ku sekalian...Salam perjuangan....Junjungan Mulia pernah bersabda dalam hadith yang dinyatakan oleh Tarmizi mafhumnya ; " bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada, iringilah setiap perbuatan dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji "



 

Sahabat seperjuangan ;
Doa nabi terlalu syhadu,
Dalam khusyuknya meminta,
kemenagan perlu bagi Islam, 
pengantar pesanan untuk umat manusia, penghebah janji bahagia,
lalu dirasa detik itu detik dalam gelora perang, bantuan ghaib yang dijanjikan,
ternampak bagi segelintir, terdengar bagi yang terpilih dalam derap juang,
malaikat  menghiringi,membenihkan ketakjuban,
hadir yang tidak terduga, pada genting ,
ukasyah tanpa senjata menghadapi musuh durjana,
telah patah pedangnya, 
belantan kayu dari Nabi dan dengan yakin restu baginda menjadi pedang belantanya...........

Sahabat seperjuangan yang dikasihi,
Dr Anas r.a dari Nabi s.a.w Allah Azzawajalla berfirman bermaksud ;

"Jika seseorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta, Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta Aku mendekat kepadanya sedepa, Jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan Aku menghampirinya dengan Berlari... [Riwayat Bukhari




DEDIKASI KU UNTUK MU WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN...

Dengan kalbu tenang 
Kami mengorak langkah
Di jalan juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah
Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barokah
Engkaulah puncak kasih yang kami dambakan
Lelah hilang, contoh dari Rasulullah
Kasihnya mengisi kalbu dalam perjalanan ini
Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna
Al-quran Dusturuna, Al-jihad sabiluna
Al-mautu Fi sabilillah Asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu,Rahmah yang agung
Madah Iman, bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya  pada-Mu yang Maha Esa

Allah Matlamat kami 
Ar-Rasul contoh kami
Al-quran panduan kami
Al-Jihad jalan kami 

Al- mautu fisabilillah
Asma amanina...





Demikianlah (perintah Allah) dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati ( Al-hajj :32)

GENERASI PROFESIONAL DAN BERTAQWA...INSYAHALLAH AMEEN....

PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM

Bismillah...walhamdulillah

Salam muhasabah diri di bulan ini, ketika kita sibuk dalam menjalanai kewajipan kita sebagai seorang muslim, benar kekadang kita leka, kekadang lemah dan diuji dengan pelbagai mehnah, dengan itu, kita perlukan masa untuk bersendiri,kemudian kita bermuhasabah kembali agar sakinah itu menjadi milik kita, agar rahmat-Nya mekar dalam hembusan nafas kita.. Kini pelbagai isu melanda lebih-lebih lagi isu yang tak pernah lekanag dari bual bicara sana sini, soal pergaulan itu dan ini sering menjadi isu, terkadang terdengar jua bicara "tgk lh dia tu tahu je ckp dgn org tapi diri sendiri buat juga " agak sedih kan bila mendengar perbicaraan sedemikian, Dengan itu, saya mengajak sahabat-sahabat sekalian tidak perlu kita hebat memperkatakan tentang diri orang tentang yang itu dan ini, apa kata kita mula dari dalam diri kita sendiri, moga kebaikan yang kita bina dalam diri kita ini menjadi menyeri dan mekar dan bauannya akan turut menyinggah terhadap sahabat-sahabat yang lain, Teringat kata seorang Murabbi jika di dalam satu termpat itu terdapat satu bunga yang wangi  insyahAllah kewangiaan bunga itu akan turut di rasai semuanya dan perubahan baik itu akan dilihat dan diamalkan oleh orang sekeliling..Ayuh kita semua ayunkan langkah pada satu  paradigma yang mantap....Selamat beramal...







1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
(al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32) 

Sebagai peringatan buat diri ana dan sebagai perkongsiaan bersama ....."dan sampaikanlah walaupun sepotong ayat"...... 


KE ARAH PROFESIONAL DAN BERTAQWA

Saturday, August 20, 2011

KONVOI RAMADHAN SELANGOR 2011

Bismillahi Ar-Rahman- Ar-Rahim


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada yg Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia dan hidayah hati-hati kita yang masih segar dan mekar dalam nikmat iman dan Islam yang tercinta...Dengan sifat Rahim-Nya jua kita masih diberi kesempatan menghirup udara yang segar di muka bumi-Nya yang luas ini.

Sedikit perkongsian di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, lebih-lebih lagi menjadi musafir di dalam bulan barakah ini. Al-kisah bermula  dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor beserta Pusat ALUMNI UNISEL dan Majlis Perwakilan Nuqaba' UNISEL serta UNISEL Shah ALam.. Telah menganjurkan program Konvoi Ramadhan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 12.Ogos.2011 hingga 14.Ogos.2011. Dalam Konvoi Ramadhan ini melibatkan 5 buah daerah sebagai tempat persinggahan sang musafir iaitu Sabak Bernam,Kuala Selangor,Sepang dan Klang melibatkan seramai 130 orang dan juga disertai 40 pelajar-pelajar Ma'had  Tarbiyyah Terengganu.
Pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang perjalanan Konvoi Ramadhan ini yang melibatkan 7 buah bas sepanjang perjalanan dan berakhir di Kg Dalek Selat Klang yang segala isi program ini memberi manfaat dan ikhtibar serta pengalaman yang amat bermakna kepada peserta Konvoi Ramadhan.
                                              Memasak Bubur Lambok

                                              Kursus Jenazah

                                   Pengurusan mengkafankan Jenazah

Aktiviti Turun padang memberi sumbangan kepada penduduk Kampung

                                               Pengkebumiaan Jenazah
Generasi perjuang Islam seterusnya Adik-adik Ma'had Tarbiyyah Terengganu
                Seketeriat Konvoi Ramadhan bakal pemimpin Islam Kelak....
          Pengarah ALUMNI dan YDP MPN UNISEL org kuat Konvoi Ramadhan
                                              Indahnya Ukwahfillah
                                             1..2..3  Peace

               Pweet...ceria & bermesra bersama Seketeriat & Peserta Konvoi

                 Asyiknya mendengar ceramah tak pandang kiri kanan da...
                                             1...2...3... Smile
                                      Solat Berjemaah...Alhamdulillah
                   Beriktikaf di Masjid Makmuriah...Ketenangan abadi.

                      Persinggahan Kedua di Masjid Sultan Ibrahim...
 Persinggahan terakhir di Masjid Kg Dalek & Penutupan oleh YB Halimah Ali

Alhamdulillah...begitulah perjalanan Konvoi Ramadhan yang berakhir di Kg Dalek Selat Klang...Semoga bermanfaat untuk semua, sesuatu yang menarik dan memberi keinsafan dalam Konvoi Ramadhan ini apabila peserta Konvoi Ramadhan turut serta dalam menyemprnaan pengkebumiaan jenazah yang real,dan aktiviti turun padang melihat dengan mata sendiri kesusahan hidup meraka yang kuarang bernasib baik, tersayat hati melihat seorang ibu yang telah tua terlantar di atas katil kerana masalah kesihatan...oh sedihnya... Terima kasih juga buat peserta Konvoi Ramadhan yang menyertai tadarus Al-Quran bersama penduduk kampung Dalek.

Akhir Kalam, Jutaan terima ksiah diucapkan kepada penduduk Kampung sepanjang persinggahan kami dari  Sabak Bernam hingga ke Kg Dalek,, benar dalam Konvoi Ramadhan ini satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan, bila mana kemesraan tercipta di antara si anak muda dengan mereka yang bergelar  warga tua dan seusia dengan ibu bapa kita, walaupun kita tak dapat berbuka puasa bersama kedua ibu bapa kita, tetapi penduduk kampung setiap persinggahan Konvoi ini memeriahkan suasana kita, terada meriahnya saat itu..Teristimewa kepada Pusat ALUMNI UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor dan YB Dr. Halimah Ali, serta buat semua Seketeriat Konvoi Ramadhan Selangor 2011 UNISEL BJ dan UNISEL Shah Alam salam ukhwahfillah...Segala kekurangan dalam program ini harap dimaafkan...

Penutup Bicara, Sekalung Kasih,
  "Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati Orang-orang Mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka ( yang telah ada ) ...( Al-Fath : 4 )