Saturday, August 20, 2011

KONVOI RAMADHAN SELANGOR 2011

Bismillahi Ar-Rahman- Ar-Rahim


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada yg Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia dan hidayah hati-hati kita yang masih segar dan mekar dalam nikmat iman dan Islam yang tercinta...Dengan sifat Rahim-Nya jua kita masih diberi kesempatan menghirup udara yang segar di muka bumi-Nya yang luas ini.

Sedikit perkongsian di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, lebih-lebih lagi menjadi musafir di dalam bulan barakah ini. Al-kisah bermula  dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor beserta Pusat ALUMNI UNISEL dan Majlis Perwakilan Nuqaba' UNISEL serta UNISEL Shah ALam.. Telah menganjurkan program Konvoi Ramadhan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 12.Ogos.2011 hingga 14.Ogos.2011. Dalam Konvoi Ramadhan ini melibatkan 5 buah daerah sebagai tempat persinggahan sang musafir iaitu Sabak Bernam,Kuala Selangor,Sepang dan Klang melibatkan seramai 130 orang dan juga disertai 40 pelajar-pelajar Ma'had  Tarbiyyah Terengganu.
Pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang perjalanan Konvoi Ramadhan ini yang melibatkan 7 buah bas sepanjang perjalanan dan berakhir di Kg Dalek Selat Klang yang segala isi program ini memberi manfaat dan ikhtibar serta pengalaman yang amat bermakna kepada peserta Konvoi Ramadhan.
                                              Memasak Bubur Lambok

                                              Kursus Jenazah

                                   Pengurusan mengkafankan Jenazah

Aktiviti Turun padang memberi sumbangan kepada penduduk Kampung

                                               Pengkebumiaan Jenazah
Generasi perjuang Islam seterusnya Adik-adik Ma'had Tarbiyyah Terengganu
                Seketeriat Konvoi Ramadhan bakal pemimpin Islam Kelak....
          Pengarah ALUMNI dan YDP MPN UNISEL org kuat Konvoi Ramadhan
                                              Indahnya Ukwahfillah
                                             1..2..3  Peace

               Pweet...ceria & bermesra bersama Seketeriat & Peserta Konvoi

                 Asyiknya mendengar ceramah tak pandang kiri kanan da...
                                             1...2...3... Smile
                                      Solat Berjemaah...Alhamdulillah
                   Beriktikaf di Masjid Makmuriah...Ketenangan abadi.

                      Persinggahan Kedua di Masjid Sultan Ibrahim...
 Persinggahan terakhir di Masjid Kg Dalek & Penutupan oleh YB Halimah Ali

Alhamdulillah...begitulah perjalanan Konvoi Ramadhan yang berakhir di Kg Dalek Selat Klang...Semoga bermanfaat untuk semua, sesuatu yang menarik dan memberi keinsafan dalam Konvoi Ramadhan ini apabila peserta Konvoi Ramadhan turut serta dalam menyemprnaan pengkebumiaan jenazah yang real,dan aktiviti turun padang melihat dengan mata sendiri kesusahan hidup meraka yang kuarang bernasib baik, tersayat hati melihat seorang ibu yang telah tua terlantar di atas katil kerana masalah kesihatan...oh sedihnya... Terima kasih juga buat peserta Konvoi Ramadhan yang menyertai tadarus Al-Quran bersama penduduk kampung Dalek.

Akhir Kalam, Jutaan terima ksiah diucapkan kepada penduduk Kampung sepanjang persinggahan kami dari  Sabak Bernam hingga ke Kg Dalek,, benar dalam Konvoi Ramadhan ini satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan, bila mana kemesraan tercipta di antara si anak muda dengan mereka yang bergelar  warga tua dan seusia dengan ibu bapa kita, walaupun kita tak dapat berbuka puasa bersama kedua ibu bapa kita, tetapi penduduk kampung setiap persinggahan Konvoi ini memeriahkan suasana kita, terada meriahnya saat itu..Teristimewa kepada Pusat ALUMNI UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor dan YB Dr. Halimah Ali, serta buat semua Seketeriat Konvoi Ramadhan Selangor 2011 UNISEL BJ dan UNISEL Shah Alam salam ukhwahfillah...Segala kekurangan dalam program ini harap dimaafkan...

Penutup Bicara, Sekalung Kasih,
  "Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati Orang-orang Mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka ( yang telah ada ) ...( Al-Fath : 4 )














No comments: