"Semua ahli MPN diminta menjaga tutur kata masing-masing, tidak kira sama ada sesama ahli ataupun bukan ahli". Itulah kenyataan YDP MPN ketika ditemubual selepas beberapa isu mula timbul di dalam kampus. "Suasana MPN UNISEL adalah berbeza daripada IPT lain, dan gerakan Islam di dalam kampus ini juga masih belum kukuh. Jadi semua ahli perlu memainkan peranan untuk membina sebuah tamadun Islam di kampus ini, dan jangan memulakan sebarang perpecahan atau pertikaman lidah." Ketika diminta mengulas tentang ahli MPN yang diuji dengan berbagai ujian berbentuk perpecahan, ini komen beliau - "Atas pentas ini, tiada seorang pun terlepas daripada ujian, tapi yang malangnya apabila bibit-bibit perpecahan itu dimulakan dari orang Islam sendiri. Saya ingin mengingatkan kepada semua ahli, sekiranya ada cubaan untuk memecah belahkan gerakan Islam, anda sepatutnya lebih bijak untuk menilai dan bertindak sewajarnya. Jangan biarkan anda dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin menjatuhkan jemaah ini!"
-MPN PRESS-
No comments:
Post a Comment