Wednesday, February 23, 2011

MPN Bakal Tukar Logo?

"Universiti Industri Selangor (UNISEL) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Feb ini. Presiden dan Naib Canselor UNISEL Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang. Singkatan UNISEL masih dikekalkan dan nama baru ini dipilih sempena penjenamaan semula UNISEL setelah 11 tahun ditubuhkan termasuk logo baru yang akan dilancarkan pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini. - http://www.kl-today.com/

Majlis Perwakilan Nuqaba' Unisel kini masih lagi menggunakan logo Unisel yang lama sebagai logo rasminya, dan apabila ditanya kepada YDP MPN berkaitan logo MPN tersebut, ini komen beliau - "Setakat ini Syura MPN belum memutuskan untuk menggantikan logo MPN yang baru memandangkan logo MPN tersebut telah digunakan meluas termasuk pada jaket rasmi MPN. Tapi bagi saya ada kemungkinan suatu masa nanti logo tersebut bakal digantikan dengan logo baru selari dengan penjenamaan semula Unisel." Logo MPN yang asal telah direka oleh pelajar Management and Science University (MSU) pada awal tahun 2010.

MPN juga kini telah menyenaraikan nama-nama calon ahli Majlis Syura MPN 2011 yang telah dipilih pada awal Februari yang lalu, dan struktur organisasi MPN juga telah berubah bagi kelancaran gerak kerja semester akan datang. "Syura MPN telah memilih 7 calon untuk memegang jawatan sebagai ahli Majlis Syura MPN Unisel bagi sesi 2011, dan senarai tersebut telah diusulkan kepada Penyelaras MPN, dan seterusnya akan ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor HEP Unisel. InsyaAllah MPN akan bergerak di bawah kepimpinan baru mulai semester hadapan, dan rombakan struktur organisasi juga dijangka dapat melancarkan lagi gerak kerja MPN setelah setahun ditubuhkan di bawah HEP Unisel."

-MPN PRESS-

No comments: