Dahulu, wanita dianggap sinonim dengan dapur dan anak, tetapi kini peranan mereka sudah banyak berubah. Wanita islam kini telah banyak menceburi pelbagai kerjaya dan profesion seperti peguam, doktor, jurutera dan sebagainya. Wanita juga kini dilihat sebagai simbol kelemahan, tidak berdaya dan kurang yakin dalam membuat sesuatu keputusan penting. Golongan ini juga yang sering ditindas kerana merasakan mereka tidak mampu melawan dengan kudrat mereka. Kini, wanita yang bersifat lemah lembut dan mengalah kepada lelaki sering menghadapi masalah penderaan oleh golongan lelaki. Kejadian rogol, bunuh, dera dan sebagainya adalah contoh yang teramat jelas menunjukkan wanita kini teraniaya. Peruntukan undang-undang di negara yang sedia ada seolah-olah tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa golongan wanita yang menjadi mangsa keganasan.Pertambahan bilangan ibu tunggal di negara kita semakinmeningkat. Kebanyakan mereka adalah mangsa perceraian,gantung tidak bertali atau suami menghilangkan diri. Denganstatus sedemikian, mereka menghadapi cabaran-cabaran dalammendidik dan membesarkan anak-anak. Tanpa sokongan danbimbingan suami dalam keluarga menjadikan kebanyakananak-anak kini menjadi semakin liar dan rosak keranakekurangan kasih sayang dalam keluarga. Mereka kerap menjadisasaran bila mana anak-anak tidak terdidik dengan sempurna.Masyarakat juga memandang sinis terhadap golongan ibu tunggal.Wanita islam juga kini terlibat dalam aktiviti-aktiviti kurangsihat seperti pelacuran, penagihan dadah, pembuangan danpenderaan bayi dan lain-lain lagi. Ini adalah cabaran yang terpaksamereka hadapi apabila mereka tewas dengan kemewahan dankesenangan. Atas kesempitan hidup, mereka sanggup menggadaimaruah hanya kerana inginkan kehidupan yang lebih mewah.Inilah antara cabaran-cabaran wanita islam masa kini yangterpaksa mereka hadapi.Kesimpulannya, wanita muslim seharusnya dibekali dengan ilmu agama dan perlu mengetahui adab perhubungan dengan kaum lelaki, hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan berkeluargaseperti hal perkahwinan,tanggungjawab suami dan isteri, perhubungan ibu bapa dan anak-anak dan perhubungandengan saudara-mara yang lain serta peraturan hidup sehariandari segi pemakanan, berpakaian, pembelajaran, pekerjaan dansebagainya. Paling utama sekali, wanita muslim perlumempersiapkan diri mereka dari segi spiritual, mental danfizikal ke tahap yang terbaik mungkin supaya mereka dapatmenghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperanguntuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”(As-Saff: Ayat 4)
Saturday, January 15, 2011
Cabaran Wanita Muslim Masa Kini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment