Bangi : Seramai 26 ahli MPN UNISEL telah berkunjung ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 23 Januari 2011. Pertemuan dua hala ini dirancang bagi merangka strategi perlaksanaan usrah di peringkat kampus. KUIS yang telah menggerakkan usrah di peringkat kampus selama lebih 10 tahun yang lalu merupakan ‘senior’ kepada MPN UNISEL yang kini baru mencecah umur 1 tahun. YDP MPN UNISEL yang ditemui pada hari tersebut berkata, “Saya melihat KUIS sebagai contoh kepada UNISEL di dalam perlaksanaan usrah wajib di mana kita sedang menuju ke arah pembentukan sistem usrah yang lebih teratur dan berkesan.”
Pertemuan yang berlangsung lebih kurang 8 jam itu membuahkan hasil yang baik, dan beberapa resolusi kepada permasalahan yang timbul telah dapat diketengahkan. MPN UNISEL berharap agar hubungan yang terjalin ini akan terus kukuh dan bertambah erat. Tahniah kepada MPN KUIS dan MPN UNISEL!
-MPN PRESS-
No comments:
Post a Comment