PROSES PENDIDIKAN MPN UNISEL
· Melahirkan Muslim berakhlak mulia dan bersikap matang dalam berfikir.
· Melatih seorang Muslim yang bertanggungjawab dengan kata-katanya; setiap kata-katanya adalah bernilai dan membina.
· Mendidik Muslim dengan didikan yang sesuai dengan matlamatnya, serta memberi pengetahuan dengan matlamat yang hendak dicapainya.
· Membina seorang Muslim sehingga ia mampu membuat keputusan yang bijaksana.
· Melatihnya supaya tunduk kepada keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
· Melatihnya supaya boleh berbincang dengan bijak serta mengajarnya bagaimana membentangkan pendapatnya dan berhujah.
· Mengajarnya bagaimana mengambil pelajaran daripada kritikan-kritikan dan menukarkannya menjadi cadangan-cadangan yang membina.
· Menjelaskan kepadanya perbezaan di antara pemikiran yang membina dan pemikiran yang meruntuhkan, kerana betapa mudahnya meruntuhkan dan betapa sukarnya membina.
· Mengajarnya bagaimana untuk memajukan yang sedia ada dan mewujudkan yang tiada, serta memperingatkannya bahawa mudah untuk merobohkan yang sedia ada dan sukarnya membina yang tiada.
· Melatihnya bagaimana mengambil pengajaran daripada sesuatu yang berada di sekitarnya untuk sampai kepada matlamat pembinaannya.
No comments:
Post a Comment