MPN Akademik




Exco Akademik MPN UNISEL sangat komited dalam usaha menyediakan pendidikan tambahan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah khususnya peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan bantuan tenaga kerja daripada kalangan mahasiswa Unisel yang berkemahiran, proses pengajaran dan pembelajaran dua hala dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan. Program yang dijalankan bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik semata-mata, malah barisan tutor dan jawatankuasa program juga memberikan penekanan terhadap pembangunan modal insan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan golongan profesional yang bertaqwa.