Wednesday, September 28, 2011

SPIES ADVANCE ZKU 1112 (23-25 september 2011)

Bismilah...Ar-Rahman...Ar-Rahim


Alhamdulillah ucapan syukur yang tidak teluah dek kata-kata kerana masih diberi sedikit ruang dan peluang kepada kita untuk  menghirup udara yang segar dan nyaman.. Sedikit perkongsian dan kenangan yang terindah yang telah tercipta, al-kisah bermula pada 3.00pm di Dewan Biru UNISEL BJ tercinta, berkumpullah 40 jejaka-jejaka hensem dan macho bersama 16 orang puteri Islam ZKU 1112... Dengan membawa beg masing-masing dan gaya yang tersendiri yang telah bersiap sedia untuk menuju ke sebuah pelayaran atas darat di Kem Yayasan Selangor Ampang Pecah, Kuala Kubu...

Tempat yang indah dan penuh kehijauan,,, putera dan puteri melayu terakhir begitu teruja  dengan langkahan dan riak wajah yang ceria...Sesi pertama adalah taklimat mengenai perjalanan program SPIES ADVANCE, dengan penuh ketenangan putera dan puteri mendengar dengan penuh prihatin dan teliti setiap perjalanan program. Dengan itu, berjalanlah aktiviti demi aktiviti yang  memberi pengalaman baru serta 'booster' kehidupan buat pelayar muda...
Jiwa dan hati yang dibawa bersama program ini telah tersentuh sehingga menitiskan air mata yang sungguh bernilai, hilangnya ego sang jejaka dan terserlahnya kelembutan sang puteri yang tersimpan di lubuk hati yang paling dalam..Hati mana dan jiwa mana yang tidak tersentuh dalam slot 'Kapal Karam'... Ia memberi sebuah kesedaran yang paling dalam dan bermakna dalam hakikat jiwa hamba..

Setelah itu, program ini juga telah menguji ketahanan fizikal dan kebijaksanaan seorang yang bergelar mahasiswa apabila si jejaka-jejaka macho dan  puteri melayu terakhir berjuang dalam hutan yang penuh dengan keindahan semula jadi, malahan mengajar bagaimana rasanya berjuang di dalam hutan...Maka terciptalah strategi demi strategi demi mencapai sebuah misi yang telah termaktub...
Malahan, terciptalah sebuah ikatan kerjasama di antara mereka, walaupun pada dasarnya masing-masing agak malu-malu untuk bertegur sapa, di samping menjaga batas-batas pergaulan .Indahnya sebuah persaudaraan dalam Islam... Ada jua hati dan jiwa yang tidak terhenti-henti mengalunkan kalimah zikir di dalam hati agar tetap dalam redha-Nya....Lantaran itu, marilah lihat hati-hati dan jiwa-jiwa yang telah terdidik dalam program ini agar menjadi insan yang profesional dan bertaqwa serta aksi-aksi yang menceriakan SPIES ADVANCE ZKU 1112 2011.......

                         Bila Jejaka-jejaka macho jumpa hutan,
                         inilah langkahan pertama 
                         bakal-bakal pejuang Islam kelak.

                        Rehat sebentar sambil mengatur strategi

                       Seorang Gerila sedang menghidupkan api   
                       untuk menjerang air di dalam hutan.


                           1.2.3 serang!!!.....Bila gerila tunjuk belangnya...






                                 Cepat-cepat sembunyi ada gerila....Serang....serang...!!!


                                 Relax....relax...relax....Regroup Team


                                 Syoknya....syoknya tak pandang kiri kanan da..


                                 Feeling habis.....


                                 Pada suatu hari #####@%&++*^%#$


                                 1.2.3 Peace....Smile...




Begitulah kisahnya pengembaraan di atas darat dalam Program SPIES ADVANCE .... Sebagai akhir kalam ingin ku kongsi kepada anda semua sebuah kata-kata dan pesanan yang cukup bermakna moga ia menjadi tamsilan untuk kita semua....berjalanlah tanpa henti di muka bumi ini dalam jiwa hamba....
Kata penyair ,Abu Firas al-"Amiri juga dikenalai sebagai Majdal-"Arab :

Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan.. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk itu..Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran (Fawat al-Fawayat 3/87.Beirut: Dar al-Sadir).

Dengan itu, marilah kita sama-sama mencari dan meneliti segala rahsia ilahi di alam ini...Luaskan pandanganmu supaya kita dapat melihat sesuatu dari sudut yang beribu....kembaralah nescaya kita akan bertemu sesuatu yang baru....tentang manusia, dunia dan segala berita...bawalah ia sebagai obor peringatan buat diri dan teman.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada Unisel SPIES Training and Consultancy, Pusat Kokurikulum, Kem Yayasan Selangor, dan semua yang menjayakan misi ini.....Dari kerendahan hati kami, Majlis Perwakilan Nuqaba' ( MPN UNISEL )....





.:: KE ARAH MELAHIRKAN GOLONGAN PROFESIONAL BERTAQWA ::.


 



 







































2 comments:

~ TaM@n D'ziKr@ ~ said...

bestnyer dpt g SPIES ADVANCE.... npe la x ajak saya sekali....

MAJLIS PERWAKILAN NUQABA' said...

InsyahAllah 7-9 oktober ada lagi nak join bg tahu ya...:)