Tuesday, October 4, 2011

Dunia baruku

Bismillahirarhmanirrahim....


Alhamdulillah hari ini kita masih lagi mengecapi nikmat iman dan Islam dalam diri kita sebagai jiwa hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada para junior atau adik-adik yang baru sahaja mendaftar pada 28.September.2011. Tahniah diucapkan kerana kini telah bergelar mahasiswa campus kita yang kita cintai ini. Salam perkenalan dihulurkan, salam ukhwahfillah bersautan moga bersama menuju redha-Nya dalam perjuangan mencari ilmu-Nya yang luas, di samping kemajuan akademik yang mantap.




Ingin ku kisahkan dan ku ceritakan pada mu wahai junior-junor tentang kehidupan dunia baru ini. Beralunlah suara dan kata-kata nasihat daripada seorang ayah kepada anaknya, harapan yang tinggi disemat oleh ibu pada anaknya serta iringan doa daripada para sahabat taulan padamu yang akan berhijrah ke daerah yang baru dalam gengaman sebagai mahasiswa. Aku jua bukanlah yang terbaik dan juga diri ini tidak layak untuk memberi nasihat kepada mu wahai si pejuang baru di bumi campus yang tercinta ini, tetapi kita bersama saling berusaha memperbaiki diri agar menjadi hamba-Nya yang membangun dalam syahsiah yang terpuji dan intelek  mahasiswa yang optimis.

Ingatlah wahai si pejuang yang masih segar dalam alunan mimpi yang indah, daerah ini adalah berbeza dengan daerah kita dahulu yang memakai baju berwarna putih, dan kain berwarna biru serta tudung yang indah membaluti kepala, tidak kurang jua baju kemeja-T putih dan seluar hijau.. Kini daerah itu kita tinggalkan dan hanya tersemat sebagai kenangan yang terindah dalam kehidupan kita. Hari ini, langkahan mu amat berbeza dengan langkahan yang terdahulu, kerana kini diri adalah seorang mahasiswa.

Benar kita telah meninggalkan daerah itu, kini berada di dunia yang baru. Ingatlah dunia baru ini tidak menjanjikan sesuatu yang terindah andai diri mu tewas dalam perjuangan ini, jika dahulu di daerah itu mengajar dirimu erti sebuah kehidupan tarbiyah, tapi di dunia baru ini pula jangan tewas dalam meneruskan usaha itu, ke mana pula hilangnya dirimu nanti ? Persoalan yang perlu dirimu jawab dan lihatkan pada usahanya bukan hanya lidah yang lantang berbicara tapi pergerakan kaku.

Dunia baru sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan, hinggakan kita boleh hanyut dalam pelayaraan tetapi segera bangkit dalam pelayaraan tersebut, nakhoda mu harus betul mengikut arah yang tepat, pastikan bearing compas mu sentiasa menujukkan arah yang benar. Ingatlah pesanan riwayat ini daripada Allah swt kpd baginda yang kita cintai" AKU sentiasa ada dikalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka, wahai utusan Allah .(Riwayat Iman Ahamd). Dalam sebuah pelayaraan ,kita di bumi baru ini, pastinya memerlukan kekuatan dan ketabahan kita dalam menyelusurinya. Jangan di lupa pada asal usul, agar tetap tegar dalam paksinya dan prinsip hidup mu.

Ketika dirimu, terasa lemah dalam langkah mu carilah DIA disepertiga malam mu, insyahAllah DIA bersamamu, ketika diri mu terasa alunan lagu tidak seindah irama carilah sahabat-sahabat di dunia baru ini yang berjuang ke arah redha-Nya, pasti diri mu disuntik kembali bius perjuagan seperti di daerah mu, kerana di dunia baru ini menguji kita adakah kita masih bersama dalam alunan tarbiyah atau kita yang lari dari tabiyah itu. Ingat juga, perbetulkan niat mu di dunia baru ini, agar dirimu bukan sahaja bergelak mahasiswa tetapi jua membawa sesuatu yang berguna pada agamamu.

Seterusnya, bagi yang dahulu di daerah itu dunia mu kelam, maka di dunia baru ini berhijrahlah pada satu paksi yang mana memberi mu satu kehidupan yang penuh dengan cahaya, cuma dirimu harus berani dalam melalui kabut tersebut agar pelayaraan mu di dunia baru ini menjadi mantap dengan nur yang menerangi kehidupan mu... Jangan pula menghukum dirimu mengatakan tidak dan terperuk di daerah yang kelam tanpa berusaha ke arah dunia yang baru...



 Ingatlah, kita ini adalah hamba-Nya l yang lemah dan kita jua sering melakukan kesilapan, tetapi rahmat-Nya sangat luas untuk kita, hanya kerana diri kita yang takut dan sombong yang menjauhkan kita pada-Nya.. Mari bersama kita melalui dunia baru ini dengan akal yang menimbang dengan bijaksana, hati yang dididik pada satu kelenturan sifat-Nya yang Latif , ayuh ayunkan langkah mu bersama ke arah generasi profesional dan bertaqwa, hidup biar memberi manfaat.


1 comment:

reduanjinhoon01 said...

salam ukhuwahfillah salam rindu buat sahabt seaqidah...PERTAMA sekali ana ingin ucapkan tahniah kerna telah berusaha cuba menyemai benih dihati adik2 baru...semoga ia bercambah dengan penjagaan, keperhatinan dan kasih sayang kita semua serta ridhoNYA...teruskan bermujahadah menjadi hamba untuk meraih ridho n cintaNYA...salam rindu dari MUJAHID RJ