Saturday, February 26, 2011

Tarikh Penyerahan Borang Pemarkahan Usrah

PENTING!!!

Perhatian kepada semua naqib/naqibah MPN Universiti Selangor, tarikh penyerahan borang pemarkahan usrah adalah seperti berikut :

Tarikh    : 3 Februari 2011 (Khamis)
Masa      : 9.00 malam
Tempat  : Masjid Unisel

Sila pastikan borang-borang berikut telah lengkap diisi :

1. BMPN-001
2. BMPN-002 (jika ada)
3. BMPN-003

Naqib/naqibah untuk semester hadapan akan didaftarkan semula pada perjumpaan tersebut...Harap maklum...

Wednesday, February 23, 2011

MPN Bakal Tukar Logo?

"Universiti Industri Selangor (UNISEL) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Feb ini. Presiden dan Naib Canselor UNISEL Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang. Singkatan UNISEL masih dikekalkan dan nama baru ini dipilih sempena penjenamaan semula UNISEL setelah 11 tahun ditubuhkan termasuk logo baru yang akan dilancarkan pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini. - http://www.kl-today.com/

Majlis Perwakilan Nuqaba' Unisel kini masih lagi menggunakan logo Unisel yang lama sebagai logo rasminya, dan apabila ditanya kepada YDP MPN berkaitan logo MPN tersebut, ini komen beliau - "Setakat ini Syura MPN belum memutuskan untuk menggantikan logo MPN yang baru memandangkan logo MPN tersebut telah digunakan meluas termasuk pada jaket rasmi MPN. Tapi bagi saya ada kemungkinan suatu masa nanti logo tersebut bakal digantikan dengan logo baru selari dengan penjenamaan semula Unisel." Logo MPN yang asal telah direka oleh pelajar Management and Science University (MSU) pada awal tahun 2010.

MPN juga kini telah menyenaraikan nama-nama calon ahli Majlis Syura MPN 2011 yang telah dipilih pada awal Februari yang lalu, dan struktur organisasi MPN juga telah berubah bagi kelancaran gerak kerja semester akan datang. "Syura MPN telah memilih 7 calon untuk memegang jawatan sebagai ahli Majlis Syura MPN Unisel bagi sesi 2011, dan senarai tersebut telah diusulkan kepada Penyelaras MPN, dan seterusnya akan ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor HEP Unisel. InsyaAllah MPN akan bergerak di bawah kepimpinan baru mulai semester hadapan, dan rombakan struktur organisasi juga dijangka dapat melancarkan lagi gerak kerja MPN setelah setahun ditubuhkan di bawah HEP Unisel."

-MPN PRESS-

Tuesday, February 22, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR ZKU 1112

Peperiksaan Akhir ZKU 1112 (Kokurikulum) akan diadakan seperti maklumat berikut :

TARIKH : 2 MAC 2011 (RABU)
MASA : 5.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN UTAMA UNISEL (BJ)

Sila hadir 15 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula.
Pelajar diingatkan agar membawa bersama slip peperiksaan dan kad matrik.

Monday, February 21, 2011

Aturcara Karnival Ko Kurikulum

7.30 pagi                    Peserta berkumpul dan sarapan

7.45 – 8.30 pg           Senaman Aerobik oleh Pusat Sukan UNISEL

8.30 – 9.00 pg           Pembahagian kumpulan bagi perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring

9.00 – 1.00 ptg          Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring

1.00 – 2.00 ptg          Rehat & Makan tengahari

2.15 – 3.15 ptg          Pertandingan Nasyid/Budaya/Koir

3.15 – 4.15 ptg          Pertandingan Drama Sebabak

4.15 – 5.15 ptg          Pertandingan Deklamasi Lakonan (DEKON)

5.15 – 7.00 mlm        Pengumuman Pemenang setiap Pertandingan

7.30 mlm                    Ceramah Misi Bantuan ke GAZA di Pusat Islam oleh
                                   Hj. Norazmi Talib (Peserta Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa/GAZA)
                                  - Penyampaian hadiah kepada Pemenang


      • Program derma darah 9.00 pg – 3.00 ptg
                           *  Pameran Aqsa Syariff & Jualan (derma) bermula 9.00 pg         

PENTING...!!!

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR ZKU 1112

SEMPENA KARNIVAL KO KURIKULUM 2011

Tarikh  :  26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa    :  7.30 pagi – 10.00 malam
Tempat :  Pusat Sukan, dan Pusat Islam UNISEL.


Aturcara (adalah seperti dilampirkan)

Kod Etika Pakaian :

Aktiviti SUKAN  -  Senaman Aerobik 
                                  Pelajar Lelaki dan Perempuan lengkap berpakaian sukan.       
                                                               
- Perlawanan Bola Sepak – Lengkap Pakaian Sukan dan memakai kasut bola. 
   (Pelajar Lelaki)

-  Perlawanan Bola Jaring -  Lengkap Pakaian Sukan dan memakai kasut sukan.
   (Pelajar Perempuan)


PESANAN PENTING :

KUMPULAN SUKAN (PASUKAN) TELAH DITENTUKAN OLEH PUSAT KO KURIKULUM, OLEH ITU PELAJAR-PELAJAR PERLU MERUJUK PAPAN NOTIS DI PUSAT SUKAN, MASJID, HEP 2, PKP BAGI MENGETAHUI KUMPULAN ANDA. SILA HUBUNGI KETUA PASUKAN BAGI MENGETAHUI DI MANA ANDA PATUT BERKUMPUL SEMASA KARNIVAL KO KURIKULUM SELEPAS SENAMAN AEROBIK TAMAT. PASUKAN YANG KEHADIRANNYA CUKUP SAHAJA AKAN MEMULAKAN PERLAWANAN.

Program Derma Darah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang, pelajar yang menderma akan diberi markah bonus.

Aktiviti PERSEMBAHAN  -  Berpakaian sopan dan bersesuaian dengan persembahan yang akan diadakan.

Aktiviti CERAMAH – Jam 7.45 malam di Pusat Islam (masjid) Kehadiran Wajib..
-       Berkongsi Pengalaman dengan salah seorang tebusan Kapal Mavi Marmara.
-       Penyampaian hadiah bagi Pemenang

Sunday, February 20, 2011

Barisan Kepimpinan Baru MPN UNISEL...

Majlis Syura MPN UNISEL telah mencalonkan beberapa nama yang bakal menggantikan Ahli Majlis Tertinggi MPN UNISEL. Senarai tersebut telah ditapis dan kini telah menerima kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Organisasi MPN juga telah dirangka baru dengan wujudnya MPN peringkat fakulti bagi menggerakkan usrah mengikut fakulti masing-masing. Ketua naqib bagi setiap fakulti masih di dalam perbincangan dan akan dimaklumkan kemudian. Diharap gerak kerja MPN UNISEL pada semester akan datang lebih lancar dan teratur.


-MPN PRESS-

Tuesday, February 15, 2011

Pemilihan ahli baru...

MPN UNISEL kini dalam peringkat untuk melatih pelapis-pelapis nuqaba' untuk semester akan datang. Setiap kumpulan usrah akan menyenaraikan nama-nama pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya sebelum dilantik sebagai ahli MPN UNISEL. MPN mengalu-alukan kehadiran ahli baru ke dalam 'keluarga' ini bagi meneruskan kesinambungan perjuangan yang mulia.

Sunday, February 13, 2011

Karnival Kokurikulum

Perhatian kepada semua pelajar ZKU 1112, Pusat Kokurikulum akan menganjurkan Karnival Kokurikulum pada 26 Februari 2011 bertempat di Dewan IPIS UNISEL bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Program akan bersambung semula pada jam 7.00 malam hingga 9.00 malam di Masjid UNISEL. Setiap kumpulan usrah telah ditentukan tajuk pertandingan yang akan dipertandingkan pada Karnival Kokurikulum tersebut. Sila rujuk fasilitator masing-masing.
Bermula minggu ini (14-18 Februari 2011), pelajar diminta menyediakan kertas kerja berkaitan tajuk pertandingan tersebut. Sila dapatkan format kertas kerja daripada fasilitator anda. Kertas kerja tersebut mesti diserahkan kepada fasilitator anda pada minggu hadapan (sebelum karnival kokurikulum bermula). Pemarkahan untuk program ini adalah 25% dan kertas kerja 5%.  

kenyataan mesyuarat 13 Februari

Mesyuarat MPN pada 13 Februari 2011 (Ahad) jam 9.00 malam bertempat di Masjid Unisel membincangkan tentang gerak kerja Karnival Kokurikulum. Nuqaba’ akan terlibat secara langsung dalam mengendalikan program tersebut di bawah anjuran Pusat Kokurikulum HEP UNISEL. Mulai minggu ini, nuqaba’ perlu memaklumkan kepada ahli usrah berkaitan program tersebut dan meminta ahli usrah untuk menyediakan kertas kerja. Kertas kerja tersebut perlu diserahkan kepada nuqaba’ pada minggu hadapan untuk tujuan pemarkahan.

Makluman untuk Nuqaba'

Nuqaba’ yang tidak menghadiri mesyuarat diminta segera berjumpa dengan MT MPN untuk maklumat lanjut. Sekiranya nuqaba’ gagal menjalankan tugasan dengan baik atas sebab kegagalan menghadiri mesyuarat sehingga menjejaskan gerak kerja dan pemarkahan pelajar, maka tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya atas nuqaba’ yang mengendalikan kumpulan tersebut. Justeru diingatkan kepada semua nuqaba’ agar menghadiri mesyuarat yang ditetapkan.

Wednesday, February 9, 2011

Makluman...

Perhatian kepada semua ahli-ahli MPN UNISEL, senarai ahli usrah telah dikemaskini pada 9 Februari 2011 (Rabu). Sila rujuk papan kenyataan di Masjid Unisel bermula Khamis (10 Februari). Sekiranya terdapat perubahan daripada senarai kehadiran asal, sila dapatkan senarai kehadiran baru di pejabat pusat Islam.

Tuesday, February 8, 2011

Sesi Usrah Bermula...

Sesi Usrah bagi subjek Kokurikulum ZKU 1112 akan bermula pada minggu ini mengikut jadual yang telah ditampal di Masjid Unisel. Semua pelajar diminta hadir pada hari dan masa yang ditetapkan. Naqib/naqibah dibenarkan untuk menukar hari dan masa usrah mengikut persetujuan semua ahli usrah, asalkan tidak bertindih dengan jadual kelas masing-masing.


Latihan berterusan akan dijalankan bagi melatih pelajar agar dapat diserap sebagai fasilitator MPN UNISEL sebelum ditauliah sebagai naqib/naqibah untuk semester akan datang. Selamat maju jaya!

Friday, February 4, 2011

Ahli Diminta Menjaga Tutur Kata - YDP

"Semua ahli MPN diminta menjaga tutur kata masing-masing, tidak kira sama ada sesama ahli ataupun bukan ahli". Itulah kenyataan YDP MPN ketika ditemubual selepas beberapa isu mula timbul di dalam kampus. "Suasana MPN UNISEL adalah berbeza daripada IPT lain, dan gerakan Islam di dalam kampus ini juga masih belum kukuh. Jadi semua ahli perlu memainkan peranan untuk membina sebuah tamadun Islam di kampus ini, dan jangan memulakan sebarang perpecahan atau pertikaman lidah." Ketika diminta mengulas tentang ahli MPN yang diuji dengan berbagai ujian berbentuk perpecahan, ini komen beliau - "Atas pentas ini, tiada seorang pun terlepas daripada ujian, tapi yang malangnya apabila bibit-bibit perpecahan itu dimulakan dari orang Islam sendiri. Saya ingin mengingatkan kepada semua ahli, sekiranya ada cubaan untuk memecah belahkan gerakan Islam, anda sepatutnya lebih bijak untuk menilai dan bertindak sewajarnya. Jangan biarkan anda dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin menjatuhkan jemaah ini!"

-MPN PRESS-

Tuesday, February 1, 2011

Jadual Usrah Dikemaskini...

Jadual usrah bagi sesi 2/2010/2011 akan dikemaskini semula bagi menggantikan fasilitator lama dan baru agar latihan berterusan dapat dijalankan dalam usaha melatih ahli-ahli baru. MPN berharap agar barisan fasilitator peka dengan jadual terkini usrah yang akan ditampal di masjid Unisel dan surau residen.