Thursday, January 13, 2011

Setahun Bersama MPN...

MPN UNISEL



UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

18 Mei 2011 genaplah setahun penubuhan MPN UNISEL yang bakal  melengkapi satu kitaran kalendar masihi, dan bermulanya tahun 2011 MPN UNISEL telah pun menggerakkan usrah bagi dua semester untuk subjek Kokurikulum ZKU 1112..semester ini merupakan semester ketiga dan semestinya peningkatan terhadap kualiti pendidikan usrah semakin dititikberatkan. Proses pemarkahan bukan sasaran utama, tetapi proses pengisian ilmu agama sangat dititik beratkan. Berbekalkan niat sebagai permulaan, tarbiyah berterusan sebagai panduan, dan amal soleh sebagai bekalan, bakal melahirkan barisan kepimpinan nuqaba’ profesional yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan agama, malah turut lahir sebagai golongan profesional berasaskan Islam. Aspek pendidikan dan kerohanian sangat ditekankan dalam usaha merealisasikan Visi MPN UNISEL - Untuk melahirkan golongan Profesional Bertaqwa...InsyaAllah,

No comments: